MELAKA (Bernama): Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih menjalankan tugas seperti biasa susulan tiada sebarang arahan lanjut berhubung kedudukannya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang arahan lanjut sama ada Mohd Shuhaily akan dikembalikan semula ke pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, Datuk Seri Shuhaily adalah seorang pegawai polis yang menjalani kontrak selama dua tahun sebagai Ketua Pengarah AKPS.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakuan lawatan di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin di Ayer Keroh, di sini hari ini.
Beliau dilaporkan berkata pihaknya memberi jaminan operasi AKPS tetap berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan keputusan mengembalikan Mohd Shuhaily ke pasukan asalnya, PDRM.