Politik

PN akan guna logo sendiri pada PRN Melaka

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) telah memutuskan untuk menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata, ini ekoran keputusan mahkamah yang menangguhkan perintah perintah Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menggantung aktiviti PN.

Selain itu katanya, jumlah kerusi yang akan mereka tandingi bakal ditentukan melalui beberapa siri mesyuarat.

“Jumlah kerusi dan calon akan ditentukan melalui beberapa siri mesyuarat yang akan diadakan, di mana perincian ini akan dimuktamadkan kelak,” katanya.

Beliau berkata, keputusan mahkamah pada 22 Okt lalu untuk menangguhkan perintah Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menggantung aktiviti PN telah membolehkan gabungan itu menyambung semula aktiviti dan fungsinya seperti biasa.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 31 Okt sebagai tarikh penamaan calon, 10 Nov bagi pengundian awal, dan 14 Nov sebagai hari pengundian untuk PRN Melaka.