KUALA LUMPUR: Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi yang dikenali sebagai Datuk Red kembali bergelar suami.
Ia selepas beliau selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Rohanita dalam sebuah majlis tertutup dipercayai di ibu negara hari ini.
Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 46, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan dilihat memakai busana lengkap berwarna putih warna senada dengan isterinya.
Dalam satu hantaran TikTok, Datuk Red memuat naik video romantis berpegangan tangan dengan Rohanita, 35, yang sudah secara rasmi menjadi isterinya.
Katanya, dipertemukan dengan Rohanita yang memahami dan menerima segala kekurangannya.
“Dia tahu susahku, kekuranganku dan kebencian orang terhadapku tetapi dia memilih untuk tidak pergi.
“Terima kasih isteriku menerima lelaki yang gagal segala- galanya. Sayang Rohanita hingga akhir hayatku,” katanya.

