“Jawapan saya yes, yes dan yes (ya), terima kasih sayang. Adakah ini permulaan kepada semua benda besar termasuk doa untuk berbahagia dengan pasangan.
“Ini semua pembuka pintu kepada kebahagiaan itu,” demikian kata Datuk Seri Vida dalam nada sebak selepas menerima lamaran daripada penyanyi yang juga tukang masang atau cef selebriti Datuk Fazley Yaakob.
Fazley Yaakob akhirnya menamatkan spekulasi dengan melakukan kejutan romantis melamar usahawan Datuk Seri Vida (DSV).
Ia dilakukan melalui siaran langsung di atas pentas Konsert Tiktok 11.11 Mega Syok.
Lamaran oleh Fazley itu dilakukan dalam konsert yang disiarkan menerusi TikTok Live diserikan dengan persembahan sebanyak 1,200 buah dron membentuk mesej “nak duduk Ipoh ke KL?” bersama pemberian cincin dan penglibatan anak-anak kedua-dua belah pihak.
“Pada saya, DSV ialah ‘Queen of TikTok’. Jadi, sudah sepatutnya kita meraikan dia dalam dunia yang selama ini banyak meraikan dan menyokongnya.
“Ramai pengikut mengenalinya melalui TikTok dan sentiasa mengikuti siaran langsungnya. Sebab itu saya mahu melamarnya menerusi platform yang dekat dengan hati dan pengikutnya,” kata Fazley