Nasional

Anthony Loke secara rasmi lepaskan jawatan Menteri Pengangkutan

loke

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, telah meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak, menjalani hukuman di bawah tahanan rumah, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, Loke menyatakan bahawa keputusannya itu selaras dengan pendirian yang telah beliau nyatakan secara terbuka pada Jumaat lalu, serta berdasarkan prinsip dan pendirian yang pernah beliau gariskan sebelum ini.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepadanya untuk berkhidmat dalam Kabinet sejak Disember 2022.

Loke turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan kanan dan warga kerja Kementerian Pengangkutan atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di kementerian tersebut. Beliau menyatakan akan memberikan kerjasama penuh bagi memastikan peralihan yang lancar, serta memastikan segala tanggungjawab dan inisiatif kementerian terus dilaksanakan demi kepentingan orang ramai.