KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rombakan Kabinet tidak akan dilakukan dalam masa terdekat kerana menyifatnya terlalu awal.
“Rombakan Kabinet? Masih awal, lama lagi,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pembukaan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2026 di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Anwar enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai bilakah Jabatan Peguam Negara (AGC) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung isu tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP itu menegaskan beliau akan terus menjalankan tugasnya buat sementara waktu sehingga Najib pulang untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.