Guru wanita ditemukan meninggal dunia di sekolah

KUALA KUBU BHARU: Seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor pada Khamis. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Manimaran Munjandi dalam satu kenyataaan berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan MERS 999 kira-kira pukul 7.15 pagi berhubung kejadian itu. Katanya, pihak polis tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi dan…

guru

KUALA KUBU BHARU: Seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Manimaran Munjandi dalam satu kenyataaan berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan MERS 999 kira-kira pukul 7.15 pagi berhubung kejadian itu.

Katanya, pihak polis tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi dan siasatan awal mendapati mangsa ditemukan di bilik guru di tingkat satu sekolah berkenaan.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia ketika berada di Unit Kecemasan.

Bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh pada pukul 5.30 petang hari sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.

Sha Hashim Avatar

About the author


Popular Categories