Sukan

Real Madrid buru bintang Bayern Munich, Michael Olise

Michael Olise

MADRID: Menurut L’Equipe, Real Madrid masih berminat dengan pemain sayap Bayern Munich, Michael Olise, setelah namanya pernah dikaitkan dengan kelab itu pada musim panas lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan menjadi rebutan beberapa kelab ternama Eropah yang berhasrat untuk mendapatkan khidmatnya pada musim panas akan datang, iaitu ketika beliau memasuki dua tahun terakhir kontraknya di Allianz Arena.

Olise menjaringkan gol dalam perlawanan Nations League yang menyaksikan Perancis tewas 3-1 kepada Itali pada hari Khamis.