Nasional

RM600 insentif khas untuk pemandu ehailing Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan insentif khas RM600 secara sekali bayar pada 2027 sebagai pengiktirafan terhadap kebajikan golongan yang berkhidmat dalam sektor pengangkutan awam.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, insentif tersebut adalah khusus kepada pemandu yang memenuhi syarat kelayakan dengan had peruntukan sebanyak RM9 juta.

Pengumuman itu dibuat ketika beliau membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini pada Jumaat.

Katanya, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM1.2 juta bagi membantu pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah pada tahun sama.