KUALA LUMPUR: Anggota polis yang berhadapan dengan ancaman dibenarkan melepaskan tembakan bagi melindungi keselamatan diri.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus juga mengingatkan anggota yang menjalankan tugas meningkatkan tahap kesiapsiagaan, termasuk bersedia menggunakan senjata api.
Arahan itu dikeluarkanmenerusi satu rakaman suara yang ditujukan kepada seluruh pegawai dan anggota di bawah Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Berdasarkan rakaman berkenaan, Fadil menegaskan setiap anggota perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan tidak mengambil mudah sebarang situasi berisiko ketika menjalankan tugas.
“URB, detektif, MPV sesiapa sahaja di barisan hadapan saya tidak mahu kejadian yang berlaku di Gombak kena anggota saya di bahagian hadapan pastikan seperti mana saya cakap perlu bersedia.
Serangan itu menyebabkan pergelangan tangan kanan anggota berkenaan terputus, sekali gus mencetuskan perhatian terhadap aspek keselamatan petugas barisan hadapan ketika menjalankan operasi.
Sehubungan itu, Fadil turut mengarahkan pegawai bertugas di Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) memastikan arahan berkenaan disampaikan kepada semua bahagian dan elemen operasi supaya langkah kesiapsiagaan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.