Rozita Che Wan terima menantu

Rozita Che Wan selemat menerima menantu apabila anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy, sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Auni Ikhwan pada Jumaat. Anak kepada pelakon dan usahawan itu dan pasangannya dinikahkan oleh wali yang juga bapa pengantin perempuan, Ikhwan Hashim, dengan sekali lafaz pada majlis yang berlangsung di GlamHall Damansara, di sini, kira-kira 8.41…

Rozita Che Wan selemat menerima menantu apabila anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy, sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Auni Ikhwan pada Jumaat.

Anak kepada pelakon dan usahawan itu dan pasangannya dinikahkan oleh wali yang juga bapa pengantin perempuan, Ikhwan Hashim, dengan sekali lafaz pada majlis yang berlangsung di GlamHall Damansara, di sini, kira-kira 8.41 malam tadi.

Upacara akad nikah disaksikan Penolong Pendaftar Nikah merangkap Imam Masjid Damansara Perdana, Abdus Salam Mahmud.

Mengambil keberkatan 10 Muharram, majlis bertemakan ‘Garden Wedding’ itu dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.

Dalam majlis berkenaan, Ammar menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran berbentuk jongkong emas.

Pasangan pengantin turut berbalas tujuh dulang hantaran. Pada upacara membatalkan air sembahyang, cincin berlian 1.8 karat dipersembahkan sebagai simbolik.

Rozita, yang mesra disapa Che Ta, tidak dapat menahan sebak ketika melepaskan anak sulungnya memikul amanah sebagai suami.

“Tetaplah bersama walau dalam keadaan tidak sempurna. Semoga Ammar menjadi suami yang melindungi dan bukan bersikap ‘bossy’. Buat Auni, jadilah isteri yang sentiasa mendampingi.

“Dalam perkahwinan, kebahagiaan bukan tentang pasangan yang tidak diuji, tetapi pasangan yang bersama walaupun diuji,” katanya

shahrin ai Avatar

About the author


Popular Categories