Nasional

Malaysia-China komited memperluas ruang kerjasama – PM

MANILA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri China, Li Qiang di sini sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49.

Perdana Menteri berkata, pada pertemun itu, beliau merakamkan penghargaan atas sambutan mesra serta layanan baik sepanjang lawatan ke Hangzhou dan Shanghai, yang mencerminkan eratnya hubungan persahabatan antara Malaysia dan China.

“Saya turut menzahirkan penghargaan terhadap kemajuan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang serta komitmen bersama untuk terus memperluas ruang kerjasama yang membawa manfaat kepada kedua-dua negara.

“Saya juga menantikan penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak APEC di Shenzhen pada 18 hingga 19 November ini, termasuk Sidang Kemuncak CEO APEC yang akan dihoskan oleh Presiden Xi Jinping.

“Saya berharap pertemuan ini akan terus membuka peluang baharu untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan hubungan Malaysia-China,” kata Perdana Menteri melalui hantara di X.