KUALA LUMPUR: Perdana Menteri DatUK Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai tambahan khas RM2,500 kepada setiap mangsa banjir yang layak di Selangor, dengan pembayaran dijangka bermula 10 November 2026.
Bantuan ini bertujuan meringankan beban mangsa bagi menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir, manakala kaedah pelaksanaan dan syarat kelayakan akan diumumkan oleh agensi pelaksana.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengarahkan supaya pelaksanaan projek tebatan banjir dipercepatkan bagi menangani kejadian banjir berulang.