Politik

Anwar seru tumpuan kepada khidmat bukan retorik, ketika PH sasar menang di Melaka

Anwar Ibrahin ketika bercama di Pengerang, Batu Pahat sempena Pilihan Raya Negeri Johor.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa semua calon dan jentera parti supaya bekerja keras bagi meraih kepercayaan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Menerusi satu hantaran di Facebook malam tadi, Anwar, yang juga Perdana Menteri, menyatakan bahawa segala fitnah dan hasutan perkauman perlu ditangkis dengan pencapaian nyata serta khidmat bakti yang bersungguh-sungguh kepada rakyat.

“Ayuh, seluruh calon dan jentera Pakatan Harapan, pikullah amanah yang diberikan dalam PRN Melaka ini dengan bekerja keras.

“Semoga keikhlasan dan tekad kita membolehkan kita melakar sejarah di Melaka, serta memacu reformasi ke arah masa depan yang lebih adil, makmur, dan bermaruah,” katanya.

PH mempertaruhkan 21 calon daripada tiga parti komponennya bagi PRN Melaka ke-16, berbanding 28 calon pada tahun 2021.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 14 November sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka, dengan penamaan calon dijadualkan pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November.