Tetamu dari SKM lawat ladang solar Gading Kencana

BIDOR: Gading Kencana Sdn. Bhd.  baru-baru ini telah menerima tetamu daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang melawat ladang solar mereka di Bidor Perak. Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd., Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata, lawatan itu menjadi platform untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan, mengukuhkan hubungan dan meneroka peluang kerjasama dalam memperkasa penggunaan tenaga bersih serta…

BIDOR: Gading Kencana Sdn. Bhd.  baru-baru ini telah menerima tetamu daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang melawat ladang solar mereka di Bidor Perak.

Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd., Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata, lawatan itu menjadi platform untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan, mengukuhkan hubungan dan meneroka peluang kerjasama dalam memperkasa penggunaan tenaga bersih serta inovasi solar.

“Kami berbesar hati menerima kunjungan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi berkongsi pengalaman, perkembangan dan potensi tenaga solar dalam menyokong masa depan yang lebih mampan.

“Terima kasih kepada pihak SKM atas kunjungan dan masa yang diluangkan bersama kami. Semoga hubungan ini terus berkembang dan membuka lebih banyak peluang untuk masa depan yang lebih hijau,” kata Guntor

Sha Hashim Avatar

About the author


Popular Categories