Tag: Terkini
-

Tiga mata ke atas Laos lonjak keyakinan Harimau Malaya hadapi Thailand – Cheng Hoe
KUALA LUMPUR: Kemenangan 4-0 Malaysia ke atas Laos menyuntik keyakinan dan semangat kepada pasukan untuk menghadapi cabaran lebih getir menentang juara tujuh kali, Thailand pada perlawanan Kumpulan B Piala ASEAN 2026, Sabtu ini. Memetik laporan BERNAMA, Ketua jurulatih sementara, Tan Cheng Hoe berkata, tiga mata yang dikutip pada perlawanan kedua Kumpulan B di Stadium Bolasepak Kuala…
-

SIC cari penyelesaian adil bagi acara terjejas susulan penganjuran F1 GP Bahrain
SEPANG: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang berusaha mencari penyelesaian yang adil kepada penganjur acara terjejas, susulan keperluan menyediakan litar untuk penganjuran Formula 1 (F1) Grand Prix Bahrain di Malaysia dari 2 hingga 4 Okt ini. Memetik BERNAMA, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata pihaknya sedang berbincang dengan pelanggan sedia ada, yang telah membuat tempahan penggunaan…
-

Aktiviti pendakian kini dikawal lebih ketat, elak risiko sesat, kos SAR tinggi
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memperketat kawalan aktiviti pendakian di seluruh negara, termasuk mengehadkan day hike atau compressed hike di kawasan pergunungan berisiko tinggi, bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kos operasi mencari dan menyelamat (SAR). Memetik laporan BERNAMA, Timbalan Menterinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata kecenderungan sesetengah pendaki yang mengambil mudah persediaan, mengejar trend media sosial…
-

Kerajaan peroleh RM5 bilion susulan langkah kawalan perbelanjaan
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperoleh hampir RM5 bilion jumlah sekatan sehingga 14 Julai 2026 susulan pelaksanaan langkah kawalan perbelanjaan dalam tempoh separuh pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong. Memetik laporan BERNAMA, beliau berkata Kementerian Kewangan (MOF) pada 29 April 2026 mengeluarkan arahan pelarasan peruntukan merentasi semua kementerian dan agensi kerajaan sebelum mengadakan sesi libat urus bagi menjelaskan…
-

Prasarana tumpu kebolehpercayaan, ketersediaan perkhidmatan capai sasaran 1.7 juta penumpang
KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyasarkan peningkatan jumlah perjalanan penumpang harian kepada 1.7 juta menjelang 2027 menerusi penambahbaikan kebolehpercayaan dan ketersediaan perkhidmatan rel serta bas, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian. Memetik laporan BERNAMA, Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Mohd Nasir Ahmad berkata sasaran itu, berdasarkan prestasi positif apabila pengendali utama sistem rel dan…
-

TNB, Air Selangor tandatangan perjanjian tenaga untuk loji air Sungai Rasau
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah menandatangani Perjanjian Bekalan Elektrik (ESA) dan Perjanjian Bekalan Tenaga Penyejukan (CESA) untuk memperkukuh kebolehpercayaan, daya tahan dan kemampanan infrastruktur tenaga dan air Malaysia. Di bawah ESA, TNB akan membekalkan elektrik voltan tinggi ke Loji Rawatan Air Sungai Rasau di Kuala…
-

Unit Destini menang kontrak penyelenggaraan rel RM46 juta daripada RAC
KUALA LUMPUR: Anak syarikat 70% milik DESTINI Bhd, M Rail Technics Sdn Bhd (Railtec) telah dianugerahkan kontrak bernilai RM45.58 juta oleh Railway Assets Corporation (RAC) untuk menjalankan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) untuk 13 Unit Pelbagai Diesel (DMU) Kelas 61. Kontrak itu berlangsung dari 1 September 2026 hingga 31 Ogos 2028, meliputi kerja-kerja penyelenggaraan…
-

Iran memberi isyarat tiada perubahan kedudukan Selat Hormuz
TEHRAN (Aljazeera): Jurucakap Iran, Esmaeil Baghaei, berkata rundingan politik dan teknikal dengan Oman sedang diteruskan. Delegasi Oman berada di Tehran pada hari Jumaat dan Sabtu dan beliau menyifatkan perbincangan tersebut telah mencapai kemajuan. Rundingan tersebut tertumpu khusus kepada bagaimana perkapalan melalui Selat Hormuz harus diuruskan. Pegawai Iran terus mengatakan bahawa mesej sedang ditukar melalui pengantara,…
-

Pembiayaan francais RM21 juta manfaatkan 69 usahawan Bumiputera
PULAU PINANG: Penyaluran pembiayaan perniagaan francais berjumlah RM 21 juta telah diberikan kepada 69 usahawan francais Bumiputera bersempena program Bizfrancais 2026 anjuran Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) yang berlangsung serentak dengan Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026. Pembiayaan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Pernas dalam memperkukuh ekosistem francais negara melalui penyediaan akses pembiayaan yang lebih menyeluruh…
-

UEM Edgenta Perkukuh Komitmen Terhadap Pembangunan Infrastruktur Sarawak
KUALA LUMPUR: UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta), syarikat Pengurusan Aset dan Penyelesaian Infrastruktur yang dilantik sebagai Perunding Pengurusan Projek (PMC), terus memperkukuhkan infrastruktur Sarawak. Ini susulan kejayaan menyiapkan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Syarikat kini mempertingkatkan lagi keupayaan pengurusan projek menerusi perlaksanaan projek mega Jalan Persisir Sarawak dan Jalan Utama Kedua Sarawak (CSTR). Tunjang utama kepada…