KUALA PILAH: 12 penyandang daripada Pakatan Harapan (PH) kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bagi mendepani PRN Negeri Sembilan ke-16, kali ini.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan ke-16 hari ini.
Calon-calon itu melibatkan Anthony Loke Siew Fook yang mempertahankan DUN Chennah, Bakri Sawir (Klawang), Teo Kok Seong (Bahau), J. Arul Kumar (Nilai) dan Chew Seh Yong (Lobak).
Noorzunita Begum Mohd Ibrahim juga akan mempertahankan kerusi DUN Pilah diikuti Nicole Tan Lee Koon (Bukit Kepayang), Siau Meow Kong (Rahang), Yew Boon Lye (Chuah), Choo Ken Hwa (Lukut), Dr Rajasekaran Gunnasekaran (Sri Tanjung) dan Verrapan Superamaniam (Repah).

