JOHOR BAHRU: Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengakui semua calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hilang deposit masing-masing..
Semua calon Bersama gagal memperoleh jumlah undi minimum untuk mengekalkan deposit masing-masing.
Presidennya, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata analisis awal berdasarkan Borang 14 dan keputusan tidak rasmi yang diterima setakat ini menunjukkan calon-calon Bersama meraih antara tiga hingga enam peratus undi secara purata di 15 kerusi yang ditandingi.

