Selamat ulang tahun ke-101 buat Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Hari ini, 10 Julai adalah hari ulang tahun kelahiran yang  ke 101 untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dilahirkan pada  tahun 1925 di Alor Setar, Kedah, beliau adalah Perdana Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah negara. Malah Dr. Mahathir juga mencatat sejarah sebagai orang pertama yang menjawat jawatan Perdana Menteri sebanyak…

mahathir

KUALA LUMPUR: Hari ini, 10 Julai adalah hari ulang tahun kelahiran yang  ke 101 untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dilahirkan pada  tahun 1925 di Alor Setar, Kedah, beliau adalah Perdana Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah negara.

Malah Dr. Mahathir juga mencatat sejarah sebagai orang pertama yang menjawat jawatan Perdana Menteri sebanyak dua kali.

Kalai pertama adalah beliau menerajui pentadbiran Malaysia selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 sebelum kembali memegang jawatan itu dari 2018 hingga 2020.

Sumbangan Dr. Mahathir sepanjang pentadbirannya ialah membawa agenda pemodenan dan perindustrian negara termasuk memperkenalkan Wawasan 2020 yang menjadi hala tuju Malaysia ke arah mencapai status negara maju.

Antara projek utama yang dilaksanakan ketika era pentadbirannya termasuk pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan, Menara Berkembar Petronas (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Meskipun tidak lagi berada dalam barisan kepimpinan kerajaan, Dr. Mahathir masih aktif mengikuti perkembangan semasa negara selain berkongsi pandangan berhubung pelbagai isu menerusi penulisan, kemunculan awam dan media sosial.

Tokoh negarawan itu turut mencipta sejarah apabila kembali menerajui negara sebagai Perdana Menteri ketujuh pada usia 92 tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sha Hashim Avatar

About the author


Popular Categories