‘Inspektor’ Tisha mengaku tidak bersalah terlibat dadah

KUALA LUMPUR: Pelakon wanita drama bersiri popular Gerak Khas 2.0 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan berkait tiga jenis dadah, Selasa lalu. Tertuduh, Tisha Shamsir, 40, atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni. Berdasarkan pertuduhan, berdasarkan ujian air…

KUALA LUMPUR: Pelakon wanita drama bersiri popular Gerak Khas 2.0 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan berkait tiga jenis dadah, Selasa lalu.

Tertuduh, Tisha Shamsir, 40, atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Berdasarkan pertuduhan, berdasarkan ujian air kencing, wanita itu didakwa memberikan kepada diri sendiri dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ketamin.

Ujian tersebut dijalankan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 7.30 pagi, 7 Julai lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun serta pengawasan antara dua hingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ainna Maryam Norazman mencadangkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin warganegara.

Sha Hashim Avatar

About the author


Popular Categories