Dua remaja perempuan maut dalam kemalangan di Teluk Intan

IPOH:Dua remaja perempuan maut selepas motosikal yang mereka tunggangi terlibat dalam kemalangan di Jalan Padang Tembak di Teluk Intan semalam. Ketua Polis Hilir Perak, ACP Chua Kok Lian berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.35 petang. “Siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia…

IPOH:Dua remaja perempuan maut selepas motosikal yang mereka tunggangi terlibat dalam kemalangan di Jalan Padang Tembak di Teluk Intan semalam.

Ketua Polis Hilir Perak, ACP Chua Kok Lian berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.35 petang.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 28 tahun hilang kawalan ketika cuba memotong kenderaan di hadapannya, sebelum bertembung dengan sebuah motosikal, sebuah kereta lain di hadapan dan seorang budak lelaki di tepi jalan.

“Akibat kemalangan itu, dua remaja perempuan, yang merupakan penunggang dan pembonceng motosikal, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta berusia 28 tahun dan budak lelaki itu dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pemandu kereta itu telah ditahan bagi membantu siasatan, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca sebenar kemalangan itu.

“Sesiapa yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu digesa tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohd Amirrudin Shafiei di talian 013-912 6959 atau dengan mengunjungi balai polis terdekat,” katanya.

Sha Hashim Avatar

About the author


Popular Categories