Empat penunggang Yamaha RXZ maut dalam kemalangan babit 13 kenderaan di LPT

KUANTAN: Empat penunggang motosikal maut dan beberapa lagi cedera dalam kemalangan 13 kenderaan di KM246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat  sini awal hari ini. Ketua Polis Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata kemalangan yang berlaku kira-kira jam 1 pagi itu meragut nyawa Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, dan…

KUANTAN: Empat penunggang motosikal maut dan beberapa lagi cedera dalam kemalangan 13 kenderaan di KM246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat  sini awal hari ini.

Ketua Polis Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata kemalangan yang berlaku kira-kira jam 1 pagi itu meragut nyawa Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, dan Mohd Aizat Husni, 33, yang semuanya menunggang motosikal Yamaha RXZ. Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi mangsa, Muhammad Safawi Md Noh, 24, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dalam kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan 12 motosikal itu.

Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 25 tahun dari Kuantan itu sedang menuju ke Kemaman apabila kemalangan itu berlaku.

“Siasatan awal menunjukkan bahawa motosikal yang ditunggangi Che Mohd Sufian telah melanggar bahagian belakang kereta sebelum penunggang itu terjatuh ke lorong kanan. Beberapa penunggang motosikal lain yang berada di belakang tidak dapat mengelak halangan tersebut, mengakibatkan perlanggaran berantai,” katanya dalam satu kenyataan.

Ashari berkata seorang penumpang berusia 13 tahun di dalam kereta itu mengalami kecederaan di leher, manakala pemandunya terselamat tanpa kecederaan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sha Hashim Avatar

About the author


Popular Categories