KUALA LUMPUR: Hari ini, 10 Julai adalah hari ulang tahun kelahiran yang ke 101 untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dilahirkan pada tahun 1925 di Alor Setar, Kedah, beliau adalah Perdana Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah negara.
Malah Dr. Mahathir juga mencatat sejarah sebagai orang pertama yang menjawat jawatan Perdana Menteri sebanyak dua kali.
Kalai pertama adalah beliau menerajui pentadbiran Malaysia selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 sebelum kembali memegang jawatan itu dari 2018 hingga 2020.
Antara projek utama yang dilaksanakan ketika era pentadbirannya termasuk pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan, Menara Berkembar Petronas (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC).
Meskipun tidak lagi berada dalam barisan kepimpinan kerajaan, Dr. Mahathir masih aktif mengikuti perkembangan semasa negara selain berkongsi pandangan berhubung pelbagai isu menerusi penulisan, kemunculan awam dan media sosial.
Tokoh negarawan itu turut mencipta sejarah apabila kembali menerajui negara sebagai Perdana Menteri ketujuh pada usia 92 tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

