Azar Azmi nafi kumpul duit untuk ikat jamin suami

KUALA LUMPUR: Pelakon Azar Azmi menafikan dakwaan segelintir pihak mengenai dia mengumpul sejumlah wang untuk mengikat jamin suaminya. Katanya, kenyataan itu sama sekali tidak benar dan tidak pernah mengeluarkannya. “Kenyataan yang mana itu? Saya tak pernah keluarkan dan salah dakwaan itu. Pada masa sama, Azar juga enggan mengulas mengenai status terkini suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd…

azar

KUALA LUMPUR: Pelakon Azar Azmi menafikan dakwaan segelintir pihak mengenai dia mengumpul sejumlah wang untuk mengikat jamin suaminya.

Katanya, kenyataan itu sama sekali tidak benar dan tidak pernah mengeluarkannya.

“Kenyataan yang mana itu? Saya tak pernah keluarkan dan salah dakwaan itu.

Pada masa sama, Azar juga enggan mengulas mengenai status terkini suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri yang berdepan dua pertuduhan mahkamah iaitu atas dakwaan menipu berkaitan urusan Darjah Kebesaran membawa gelaran Datuk serta penjualan tanah kurnia tidak wujud yang melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.

Katanya, ia bagi menghormati prosiding mahkamah yang masih sedang berlangsung.

“Bab itu memang saya tak boleh nak cakap apa-apa. Sebelum hadir ke mana-mana acara atau berjumpa dengan sesiapa, saya sendiri akan hubungi pihak yang tertentu sekiranya kalau soalan-soalan begini untuk dijawab.

“Jadi, memang tak boleh nak sentuh langsung sebab saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa sebab di bawah kuasa mereka.

“Sebab kes ini masih lagi berjalan dan ini saja yang boleh dikongsi,” katanya seperti dipetik dari Kosmo! Online.

Sha Hashim Avatar

About the author


Popular Categories