HB Bank Bhd (RHBBANK) telah menebus sepenuhnya nota tidak bercagar bernilai AS$500 juta (RM2.04 bilion) sedia ada yang dikeluarkan di bawah Program Nota Jangka Sederhana Euro (EMTN).
Dalam pemfailan Bursa Malaysia pada hari Isnin, bank itu berkata nota tidak bercagar senior, yang dikeluarkan pada 29 Jun 2021, telah ditebus sepenuhnya pada nilai nominalnya.
Susulan penebusan itu, nota tersebut akan dinyahsenarai daripada Singapore Exchange Securities Trading Ltd dan Labuan International Financial Exchange Inc.

