Gempa bumi magnitud 3.1 dikesan di perairan Batu Pahat Bernama Bernama

JOHOR BAHRU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada 4.12 petang tadi. Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, kira-kira 18 kilometer (km) barat daya Batu Pahat. “Gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 10 km. “Tiada ancaman…

GEMPA

JOHOR BAHRU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada 4.12 petang tadi.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, kira-kira 18 kilometer (km) barat daya Batu Pahat.

“Gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 10 km.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Sha Hashim Avatar

About the author


Popular Categories