BIDOR: Ladang Solar milik Gading Kencana Sdn. Bhd. (GKSB) terus menjadi tumpuan pelawat untuk mendapatkan ambaran keseluruhan dan pengalaman dalam mengurus aset tenaga boleh baharu di negara ini.
Baru-baru ini GKSB menerima lawatan daripada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersama dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan Alvarez & Marsal bertujuan menilai potensi tenaga boleh baharu, potensi permintaan syarikat hijau dan infrastruktur grid.
Dalam lawatan itu NCIA diketuai Pengarah Pembangunan Mampannya, Datin Shahdee Ahmad; Pemandu oleh Naib Presiden Kanan, Abdul Muiz Abd Aziz dan Alvarez & Marsal diketuai Pengarahnuya, Ibrahim Ariffin.
Mereka telah disambut dan diberi penerangan oleh Konsultan GKSB, Kahardy Kamaludin mengenai operasi, sistem, proses, kemudahan dan teknologi di ladang solar tersebut.

