Pelakon Kamarool Yusoff yang lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia

KOTA BHARU: Pelakon filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia petang tadi Allahyarham yang terkenal dengan watak Cik Man melalui filem Rock dan Rock Oo itu meninggal dunia pada pukul 5.15 petang semasa menerima rawatan di Hospital Tanah Merah, dekat sini. Sebelum itu, Allahyarham dimasukan ke Hospital Tanah Merah akibat masalah jantung.…

KOTA BHARU: Pelakon filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia petang tadi

Allahyarham yang terkenal dengan watak Cik Man melalui filem Rock dan Rock Oo itu meninggal dunia pada pukul 5.15 petang semasa menerima rawatan di Hospital Tanah Merah, dekat sini.

Sebelum itu, Allahyarham dimasukan ke Hospital Tanah Merah akibat masalah jantung.

Sementara itu, pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak memuat naik khabar duka mengenai pemergian pelakon berusia 65 tahun ini.

“Semoga arwah abang Kamarool ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Selain Gila-Gila Remaja, Che Man turut popular melalui watak Chomprak bomoh siam menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan banyak lagi.

Sha Hashim Avatar

About the author


Popular Categories