Ketua Pemuda UMNO Maran, isteri, anak antara empat maut dihempap pokok

BENTONG: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, isteri, anak dan adik iparnya maut dalam kejadian kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Raptor yang dihempap sebatang pokok di Jalan Lama Kuala Lumpur menghala ke pintu gerbang Janda Baik di sini hari ini. Mangsa ialah Mohd. Radzi Rahimi, 35, isteri, Nuriani Mohammad Jafri, 36, dan anak pasangan itu…

BENTONG: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, isteri, anak dan adik iparnya maut dalam kejadian kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Raptor yang dihempap sebatang pokok di Jalan Lama Kuala Lumpur menghala ke pintu gerbang Janda Baik di sini hari ini.

Mangsa ialah Mohd. Radzi Rahimi, 35, isteri, Nuriani Mohammad Jafri, 36, dan anak pasangan itu yang berusia lima tahun, Muhammad Rizz Hazim. Turut maut adik Nuriani, Mohammad Nizam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, seorang lagi mangsa, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai kembar kepada mangsa kanak-kanak yang maut, terselamat namun mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum sepasukan anggota polis bersama agensi penyelamat bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebatang pokok besar tumbang lalu menghempap kenderaan dinaiki lima mangsa sehingga menyebabkan empat daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang kanak-kanak lelaki berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan, manakala kesemua mayat dibawa ke Hospital Temerloh bagi tujuan bedah siasat.

“Siasatan awal juga mendapati dua kanak-kanak lelaki yang berada di dalam kenderaan itu dipercayai pasangan kembar berdasarkan dokumen pengenalan yang ditemukan di lokasi kejadian,” katanya seperti yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Sha Hashim Avatar

About the author


Popular Categories