SEREMBAN: Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang baharu ditubuhkan oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin mencipta sejarah tersendiri apabila meraih kemenangan sulung dengan memenangi tiga daripada empat kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Wawasan bertanding dibawah logo Perikatan Nasional (PN) berjaya menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang, Sikamat dan Gemas.
Wawasan menang di DUN Gemas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Di DUN Sikamat pula, Datuk Razali Abu Samah dari Wawasan juga menang menewaskan Nor Azman Mohamad (PH) dan calon Bersatu, Tun Faisal Ismail.

