SEREMBAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal mempertahankan semua kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.
Daripada 24 kawasan yang dipertandingkan, parti itu tewas di semua kerusi yang ditandinginya termasuk empat calon daripada Sayap Bersekutu Bersatu (Bersekutu) di Jeram Padang, Nilai, Rahang dan Sri Tanjung.
Sebelum ini, pada PRN 2023, Bersatu menang di Labu dan Gemas dengan masing-masing memperoleh majoriti 1,640 dan 3,120.

